Geng tekan-tekan :-]

Friday, March 18, 2011

Bukan dikau yang bersalah...





Hari yang cerah. Sangat cerah. Matahari yang bersinar bagai tidak langsung berbelas kasihan terhadap hidupan yang menerimanya. Bukan salah matahari, tapi manusia yang bersalah! Begitulah jua perjalanan hidup mereka!
Mereka tidak pernah mengerti akan erti kesyukuran. Sampai bila pun, mereka tetap bersalah!

Jam menunjukkan hampir pukul 2 petang. Kelibat seorang remaja perempuan di bawah sebatang pokok yang rendang, kelihatan begitu resah, memandang kiri dan kanan. Dari raut wajah, remaja tersebut masih lagi di tangga sekolah. Jelas ketidak-matangan wajah beliau. Susuk tubuh yang kecik. Lesu. Berulang kali dia melihat jam di tangannya. Setiap saat yang berlalu bagaikan terlalu panjang dan menyiksakan.

Bersamanya, di bawa sebuah beg sandang. Besar beg tersebut. Agak berhati-hati si gadis tersebut membimbitnya. Acap kali juga dia memeriksa kandungan beg tersebut. Beg yang berwarna jingga itu tidak ditutup rapat. Berbekalkan sebotol air mineral, si gadis berteduh. Sayup kedengaran bunyi enjin motor, menghampiri. Seorang remaja lelaki menghampiri. Remaja lelaki tersebut menghentikan motosikalnya di hadapan gadis tersebut. Topi keledar dihulurkan dan si gadis menyambutnya. Tidak sedikit pun senyuman terukir di dalam pertemuan itu. Bahkan, si gadis merungut dan merengus, tanda tidak puas hati.

Remaja lelaki tersebut tidak melayan kerenah si gadis dan terus memecut setelah si gadis membonceng motosikal tersebut. Dalam perjalanan, si gadis teresak-esak. Remaja lelaki tersebut hanya mampu membisu. Mereka tiba di sebuah jambatan. Enjin motor dimatikan. Kedua-dua mereka turun ke bawah jambatan. Melihat keliling andai ada yang melihat. Setelah berpuas hati, si gadis menurunkan beg yang disandang.

Di buka beg tersebut. DI ambil isi nya sambil si gadis menagis pilu. Semakin teruk tangisannya. Hampir kehilangan suara.

    "Maafkan ibu..." berkata si gadis kepada bayi yang telah dibungkus dengan kain batik.
    "Ibu jahat! Ibu tak layak memiliki kamu!" raungan memenuhi setiap perkataan yang dituturkan.
    "Sudahlah, jom cepat! Nanti ada orang nampak, susah pulak kita nanti..."remaja lelaki tersebut bersuara.
    "Diamlah! Ape yang kau tau?! Aku yang lahirkan dia! Aku yang rasa semuanya! Kau sialan!"

Nada kesal yang bercampur tangis semakin lantang. Dalam berat langkah, mereka meninggalkan bayi tersebut di bawah jambatan itu. Kesorangan. Hanya yang ada sekeping nota yang bertulis, "Nuradira". Nama bayi tersebut.

Beberapa minit selepas ditinggalkan, Nuradira mula menangis. Panas. Tidak selesa. Lalat yang terbang, hinggap keseluruh mukanya. Tangisan Nuradira semakin sayu. Teresak-esak. Nuradira lapar. Nuradira takut!
Tolong Nuradira! Dan tatkala itu, datang seekor kucing, kurus, berwarna kelabu. Tertarik dengan suara tangisan tersebut, Nuradira dikuis. Terkapai tangan Nuradira...

     "Di mana ibu? Kenapa ibu tak tolong Nuradira?"

Datang seekor lagi kucing menghampiri. Menolak Nuradira. Sakit yang ditanggung Nuradira tidak boleh dibayangkan. Nuradira menangis lagi...semakin kuat...namun ibunya tidak mendengar. Ayahnya tidak peduli. Nuradira dibuang. Menanti maut.

Setelah puas di permainkan, kucing-kucing tersebut beredar. Meninggalkan Nuradira di bawah cahaya matahari yang terik. Kepanasan, dengan suara yang telah hilang, Nuradirah teresak-esak. Perlahan-lahan, nafasnya berkurangan. Akhirnya, azan Asar berkumandang dan Nuradira menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tangannya terkulai. Badanya lebam dan bengkak. Mukanya penuh pasir. Nuradira, si kecil yang tidak berdosa.

Terima kasih ibu sebab lahirkan Nuradira.
Kerana Ibu Nuradirah dapat merasa segarnya udara ciptaan Allah,
Kerana ibu, Nuradira dapat merasa hidup, walaupun hanya sementara,
Walau apa pun, Nuradira sayang ibu, Sayang ayah,
Nuradira mintak maaf sebab kelahiran Nuradira menyusahkan ibu,
Nuradira terima nasib Nuradira,
Semoga Ibu dan Ayah akan bahagia,
tanpa...NURADIRA.



Semoga kita mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut.

Copyright: Xellos Omake

No comments:

Post a Comment