Apa kabar kwn2? Sehat? Ape cerita hari nie? Agak2 ade tak kite wat salah dengan mak n ayah kita?
So, di kesempatan nie, mai la bace jap, 5 minit je! Thx yea~
Pernahkah dikau terfikir akan erti kasih sayang?
Pernahkah kau terfikir akan nilai kasih sayang?
Pernahkah dikau mencurahkan kasih sayang?
Pernahkah engkau diberi kasih sayang?
Erti kasih sayang seorang insan kepada insan yang lain,
Erti rasa CINTA akan sesama Manusia,
Hidup di dalam benak pemikiran yang jahil,
Tanpa pengertian, tanpa tujuan...
Wahai insan yang bergelar manusia!
Siapakah engkau kepada yang Esa?
Layakkah dikau berputus asa lalu memalingkan muka mu?!
Sedarlah, engkau adalah hamba-Nya!
Kasihanilah kedua ibu bapa mu,
Ketika masih mampu kau memberinya,
Sayangilah mereka sepenuh jiwa mu,
Selagi mereka mampu merasanya,
Ingatlah akan jasa mereka,
Kerana tanpa mereka, tiadalah kita di dunia...
Akurlah dikau akan ketentuan Allah yang Maha Esa!
Dikau dijadikan sebegitu rupa!
Bukan bertujuan untuk kau alpa!
Tanggungjawabmu, sebagai hamba-Nya!
Aku menulis, bukan mencerca,
Tetapi meluah rasa kecewa,
Ibu dan bapa jangan kau aniaya!
Tanpa mereka, siapalah kita...
Bukan nak bongkak dan menuding jari kat sape2 pun, tapi nak sampaikan
pesanan kepada yang terlupa,
En Zul tau yang sahabat semua anak2 yang soleh dan solehah,
moga kita akan bertambah hebat di masa hadapan!
Terima kasih kerana sudi membaca~
No comments:
Post a Comment