Zul berusia 22 tahun. Hampir 22 tahun. Dia sangat suka aktiviti menyiasat. Sudah tentulah rancangan TV seperti Burn Notice dan CSI menjadi kegemarannya. Bahkan dia merasa rugi andai terlepas mana-mana episod rancangan tersebut.
Hari ini, hari kurang menggembirakan. Namun Zul masih tersenyum. Kenapa kesedihan perlu di jadikan alasan untuk dia tidak senyum? Baginya, semua orang berhak untuk senyum walau dalam apa keadaan pun.
Sudahlah, itu Zul yang positif, tapi ramai lagi sahabat Tekan-tekan yang sentiasa berfikiran negatif. Menganggap setiap yang berlaku terlalu berat untuk di hadapi. Namun hakikatnya, kita belum pun bangun untuk mencabar dugaan tersebut, dan kita tewas. Bukan nak marah atau menghina sesiapa, tapi ingatlah, kita masih mempunyai peluang untuk mengatasi semua cabaran dan dugaan. Yang pastinya, mulakan dengan Bismillah, dituruti dengan usaha dan ta'wakal, kemudian disertakan dengan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana memberi peluang kamu untuk berusaha. Ingat ya rakan-rakan~
Thx for reading! In scale of 1 the lowest to 10 the highest, this post is at mark 2.
No comments:
Post a Comment