Geng tekan-tekan :-]

Tuesday, March 20, 2012

Jangan percaya!

Jangan selalu percaya dengan apa yang otak kamu fikirkan! Amaran keras kerajaan Malaysia!


Hek3, jejaka mahupun gadis, jangan percaya dengan jawapan yang diberikan oleh otak kamu, sebab otak lebih suka memudahkan keadaa..


Situasi 1 : Seorang wanita berkata dia sangat setia dengan anda, mesti anda fikir anda beruntung dapat dia kan?

   - sapa yang tau sebenarnya wanita tersebut dah letih nak cari pasangan laen sbb dia dah byk kali kecewa?


Situasi 2: Seorang lelaki menangis lepas mendengar luahan hati kekasihnya, mesti anda fikir betapa dalamnya cinta pada anda kan?

   - sape yang tau padahal lelaki tu sedih dengan diri dia tak habis2 dapat kekasih yang banyak masalah?


Situasi 3: seorang suami memarahi isterinya di hadapn ibunya, mesti anda cakap tak patut kan..kalau ye pun nak marah jangan la depan mak nya...

   - sape yang tau kalau si isteri memang saje cari pasal waktu tu...


Situasi 4: seorang ibu menangis waktu kupas bawang, mesti korang cakap, biase la tu, bawangkan..

   - sape yang tau ibu tu sebenarnya jadikan bawang sebagai alasan untuk lepaskan tangisan rindu kepada anak yang dah lama tak pulang...


Situasi 5: seorang ayah yang baru pulang bekerja, terlupa untuk beli lauk, yang dah memang rutin harian, tak patut kan?

   - sape yang tau si ayah baru saja di pecat dan kerana terlalu risau akan nasib keluarganya, beliau terlupa untuk membeli lauk...


Rakan2 yang say hormati, hargailah insan yang bersama dengan anda hari ini..mungkin perbutan mereka kadang2 menyakitkan hati kita, tapi layakkah kita untuk menilai perbuatan mereka? Yang penting pada ibu bapa, jangan lupa tanggungjawab kita sebagai anak.


P/S: sejahat mana pun ibu bapa kita, tanpa mereka, takkan ada kita di dunia ini...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment