Geng tekan-tekan :-]

Sunday, March 13, 2011

Over protective VS Over Reacted VS It's OVER!!!

Nie al-kisah yang berlaku, bukan sekadar maklumat, tetapi sebagai pegajaran bagi semua yang telah mempunyai insan tersayang...

Satu hari, Mr. A pergi ke kedai dan terlihat kekasihnya, Ms. B. Dari jauh Mr. A melambai tangan, namun tidak berbalas.
"Mungkin dia x perasan kot"

Tiba-tiba ada seorang lelaki menghampiri Ms B, dan merangkul lengan Ms B. Terkezut Mr A melihat nya!
Ms B bukan sahaja tidak terkejut malahan kelihatan tenang dan tersenyum dengan riangnya.

Nafsu amarah menyusup setiap pelusuk tubuh Mr A, namun beliau tidak membuat apa2 tindakan bodoh, a.k.a terus menyerang Ms B. Mr A memerhatikan lagak Ms B dan walaupun kepala nya hampir meletup, beliau tetap buat muka kool~

Keesokannya. Mr A dengan sengaja mengajak Ms B untuk bertemu di taman, *kat mane aku tak tau ler*, Ms B setuju tanpa apa2 syak was sangka. Mr A datang bersama seorang sahabat wanita, bertujuan melihat reaksi Ms B, malangnya, apabila Ms B sampai, dia bertegur sapa dan lantas beramah mesra dengan sahabat Mr A. Hal ini hanya meng-kompius-kan Mr A!

Oleh itu, Mr A pun nekad, kalau Ms b begitu baek hatinya, kenapa dia nak buruk sangka kat Ms B, so dia pun lupakan hal yang berlaku dulu.

Selang beberapa hari kemudian, Mr A terserempak lagi Ms B dengan lelaki yang dia jumpe dulu, hati Mr A panas membara, hampir garing dah, sebab nampak Ms B dipeluk! Tanpa pikir panjang, demi menjaga hubungan suci mereka, dan juga menjaga maruah Ms B, *walaupun Ms B nampak epy jer kne peluk tu*, dia menyerang lelaki tersebut.

Lepas dah macam citer industan jap, ade la tercampak sane sini sikit, and muka hero yang x pernah bengkak walaupun di hentak dengan helmet, akhirnya mereka berhenti bertumbuk setelah datang Bapak Ms B! Rupa-rupanyer, lelaki itu adalah abang kepada Ms A! Dia askar, dan memang rapat dengan Ms B, *dia bukan peluk camne pun, just tangan kat bahu jer.

And atas sebab musabab yang tak diketahui, Ex-bakal ayahanda pun melarang mereka bersama lagi, takut lain kali adik Ms B pun kne belasah jugak, and Ms B pun mengamuk sebab Mr A x reti nak bertanya, suka buat keputusan sendiri.

p/s: citer yang x best di atas suh korang rajin bertanya tanpa menyinggung perasaan teman korang, jangan sampai kne tipu plak, dan jugak jangan lupa siasat, moga hubungan korag kekal~

No comments:

Post a Comment