Geng tekan-tekan :-]

Monday, March 7, 2011

Sekecil-kecil hadiah...


Kita selalu merungut,
"Ape nie mak, baju murah jer, xnak la pakai"
kalau tak pun,
"Abah, asik makan ikan je, bile la nak rase KFC ek?"
macam tu la kita kecik2 dulu an?

Bukan semua la, mane yang lahir dalam family yang senang, mugkin taklah,
tapi kepada yang keluarga sederhana,
susah nak bendung keinginan kan?
Nak pulak masa kita budak2..
ape je la yang kite tau,
kalau x tak dapat, melalak sampai hujung kampung.

Ish, kesian kat mak n ayah,
Walau pun dieorang tak tunjuk,
Tapi sebenarnyer dieorang sedih sangat,
Dalam hati mereka, hanya tuhan je yang tau betapa mereka,
nak sagat penuhi impian dan kemahuan kita,
selalu tak anda dengar,
"mak mintak maaf yea? mak tak tau adik x suka, nanti mak beli lain yea?"

Kenapa pulak mak nak mintak maaf?
Hancur hati nie bila dengar mak cakap macam tue...
Mak beli pakaian tu dengan penuh pengharapan,
Niat dia nak bagi sesuatu yang baru,
untuk anak yang tersayang,
agar anaknya gembira,
untuk buat ank nya GEMBIRA!!!
tapi anak nye senang je hancurkan semua harapan mak itu,
Mungkin kita x sedar,
dan ibu kita pulak terlalu lembut hatinya,
menepis segala kekecewaan hati,
malahan mampu TERSENYUM sambil memujuk kita!

Susah sangat ke nak ucap terima kasih?
Takpe la, sahabat semua nya baik-baik,
mesti takda yang pernah buat macam nie kan?

Buat ayah pula, pernah tak anda dengar,
"Nanti ayah dapat gaji, kita pergi yea?"
Senyum si ayah melayan telatah anak nya,
Si ibu merenung dalam wajah si ayah,
Memahami janji yang di buat sekadar impian yang sangat sukar digapai,
Dan si ayah pula nekad,
Niat dihati nya demi anak tersayang...
Kerja lebih masa,
Sanggup mengikat perut demi menampung perbelanjaan keluarga,
Dan kerana ingin memenuhi impian anaknya,
sampai jatuh sakit,
Semua nya, demi anak yang TERSAYANG!

Ingatlah kawan2...kadang2 hadiah yang paling berharga ada kat depan mata, tapi kita tetap nak yang lain,
jangan terlalu cepat menilai sesuatu,
hargai usaha yang telah di taburkan,
Kerana kita, anak mereka yang TERSAYANG...

No comments:

Post a Comment