Geng tekan-tekan :-]

Thursday, May 26, 2011

Aku masih muda




Khairul, seorang anak muda yang berasal dari Pahang, merupakan seorang yang boleh dikatakan sudah berjaya. Memiliki pekerjaan tetap, gaji yang agak tinggi, sudah memiliki sebuah rumah, dan hampir segala keperluan asan yang perlu ada pada sebuah keluarga kecil sudah tersedia. Di tambah pula dengan usia yang baru menjangkau 25 tahun, beliau merupakan antara calon menantu pilihan ibu bapa.
Namun Khairul terlalu asyik dengan kerjaya. Merupakan anak tunggal kepada En. Hakim dan Puan Najwa, beliau telah terdedah akan suasana mengejar kejayaan dalam kehidupan berbanding membina kehidupan tersebut. Konsep yang tertanam ini terlihat jelas akan kesibukan ibu bapanya yang leka mengejar kemewahan dan sering menekankan akan kepentingan harta dalam menjamin kehidupannya.
Bagi Khairul, beliau harus mengumpul harta sebelum berkahwin kerana tidak mahu risau memikirkan kehidupannya nanti. Namun, atas desakan kedua ibu bapanya, beliau terpaksa berkahwin dengan seorang gadis yang bukan pilihannya.
Sa`diah, juga merupakan seorang yang berkerjaya, diijabkabulkan dengan Khairul setelah sebulan diperkenalkan. Kehidupan selepas perkahwinan mereka hambar. Sedang Sa`diah cuba untuk menjadi isteri mithali, Khairul leka dengan kerjayanya. Pernah disuarakan oleh ibu Khairul akan keinginan untuk menjadi nenek kepada anak Kharul, namun sering kali Khairul memberi alasan dengan berkata mereka belum ada rezeki.
Hakikatnya, Khairul enggan untuk menimang cahaya mata kerana bimbang akan tumpuannya terjejas dalam memperkukuhkan kerjayanya. Sering kali jua kelihatan Sa`diah bersedih, menahan air mata, mendengar tomahan yang mengatakan dia mandul, lalu tidak mampu memberi zuriat kepada Khairul, namun hakikatnya, hanya tuhan yang tahu.
Setiap kali selepas solat, Sa`diah tidak pernah terlepas memanjatkan doa, agar obses suaminya itu akan berkurangan. Hidupnya sunyi tanpa ada teman, atau lebih tepat lagi, kanak-kanak.
Hari ini, Sa`diah nekad untuk memujuk Khairul balik ke rumah orang tuanya. Di harapkan agar Khairul akan diberikan nasihat dan mula memberikan perhatian kepada keluarganya. Dalam perjalanan menuju ke rumah mertuanya, Sa`diah kerap diserang sakit di kepalanya. Apabila ditanya oleh Khairul, beliau hanya menjawab, mungkin kerana angin. Walaupun kurang berpuas hati dengan jawapan itu, namun Khairul tidak memanjangkan soalannya berikutan ingin Sa`diah berehat sehingga mereka tiba ke destinasi.
Setelah tiba, mereka turun dari kereta dan bersalam dengan kedua ibu bapa mereka. Ketika berada di ruang tamu, terpacul soalan mengenai cahaya mata. Lantaran itu, Khairul menarik muka tanda tidak puas hati dan kecewa kerana persoalan yang sama sering di ajukan. Ibu Khairul kelihatan lebih kecewa dengan tindak balas anak tunggalnya itu.  Puan Najwa yang sudah berusia awal 50-an terlalu ingin menimang cucu, dia bimbang andai dia tidak berpeluang untuk melihat cucunya berikutan usianya itu.
Khairul yang semakin tidak senang dengan rantaian soalan yang diajukan bingkas bangun dan mengajak isterinya pulang ke rumah mereka. Sambil dia menyatakan kekesalannya bertandang ke rumah ibu bapanya itu, Khairul terus menuju ke keretanya dan menghidupkan enjin dan bersedia untuk menunggu Sa`diah masuk ke dalam kereta dan beredar. Sa`diah pula tidak putus-putus memohon maaf.
Dalam perjalanan pulang, tidak henti-henti Khairul merungut. Sa`diah hanya mampu membisu, kecewa kerana ushanya tidak berhasil. Dalam keheningan suasana di dalam kereta, tiba-tiba kedengaran bunyi tayar menggelongsor. Bunyi hon kedengaran dah tiba-tiba dentuman kuat bagaikan menghentikan waktu.
Apabila Khairul membuka mata, hanya langsir dan “putih” yang kelihatan. Seorang doctor sedang memeriksa keadaannya. Doktor meminta Khairul banyak bersabar kerana dia kini telah lumpuh separuh badan dari pusat hingga ke jari kaki. Medengar akan penjelasan itu, hancur impian Khairul.
Mengetahui akan impak yang terhadap masa depan beliau, masa depan keluarga beliau…kini, dia tidak lagi mampu untuk memberi zuriat. Dia hanya mampu menyesal. Usia muda yang di jangkakan dapat di penuhi dengan kejayaan yang gemilang, namun hancur dengan sebuah kemalangan. Sa`diah, masih lagi setia, sebelah kakinya telah dipotong akibat tersepit didalam kereta. Hatinya tidak berbelah bahagi, masih lagi menyayangi suaminya…

Ini merupakan cerita yang kosong, ada pengisian tetapi gagal dalam penyampaian, olahan yang kurang menarik kerana mengantuk, ( sempat lelap jap mase menaip nie sampai hangin bini aku kol aku x dengau), oleh itu, terpulang la kat hang nak nilai, ade g 1 cerita, tapi aku dah penat nak taip, happy reading~

Mr. Z

1 comment:

  1. nasib la hang...len kali tepon 2 ikat kat tinge...

    ReplyDelete