Geng tekan-tekan :-]

Sunday, June 5, 2011

Bukan aku xmau, tapi....





Ni la manusia, ade jer tapi nyer (aku pun tak terkecuali! hak3!) bile disuruh untuk buat sesuatu. Tetapi, (editor entry dibenarkan guna perkataan "tetapi" dan yang seangkatan dengannya) pernah tak kita fikir sebab kenapa kita disuruh untuk melakukannya? Tak kesahlah ape pun "nya" yang disuruh, yang penting kita mesti akan bagi alasan yang banyak untuk mengelaknya!

Kalau ade yang terasa hati, sila sambung baca sebab aku yang menaip pun banyak sangat dah guna perkataan "tapi" dan sekaranglah masa untuk kita berubah! Huh! Cam gempak jer an, hak3~ Kajian menunjukkan lebih 70% orang dewasa akan mengelak dari melakukan tugasan yang tidak digemari (kanak-kanak yang berusia 12 tahun kebawah melepasi 95%) meskipun tugasan tersebut memberi manfaat kepada mereka, persoalannya, mengapa?

Hasil dari kajian terhadap 1477 orang dewasa di Eropah yang berumur lingkungan 25 ~ 50 tahun mendapati, hampir 60% menyatakan mereka menolak kerena itu merupakan pendirian mereka, 20% kerana mereka tidak tahu akan adanya kebaikan tehadapat mereka, 10% lagi menyatakan mereka tidak suka disuruh melakukan sesuatu yang bukan kewajipan mereka, dan selebihnya tidak mempunyai sebab tertentu ( mostly just trying to avoid any unwanted chores).

Itu orang Eropah, orang Malaysia pulak, sebabnya mudah, "Saya anak yang baik, saya ikut apa yang mak dan ayah saya buat. Setiap kali mak suruh ayah buat kerja, mesti ada tapi yang ayah bagi sampai mak malas nak suruh lagi". Hah, salah sape tu??? Bukan nak salahkan mak ayah dalam hal nie tapi kalau difikirkan, dan direnungkan semula, memang semua itu berlaku dan seperti mana yang kita tau la, pendidikan bermula dari rumah, kalau kat rumah pun budak-budak dah blaja benda pelik2 camni, agak2 dia nak dengar tak ape yang orang lain cakap?

Kadang2 kita pun manjakan sangat dieorang, setiap kali dieorang cakap tapi, kita terima samapai benda ni jadi tabiat, susah nak dikikis bile dah besau gedabak nie, adoyai...ntah la, moga2 bile korang ade anak nanti, korang akan ingat benda ni sebab orang yang bagi petikan kat atas tu budak yang berumur 8 tahun, selepas ditanya cikgu kenapa dia suka bagi alasan bila cikgu suruh dia siapkan kerja sekolah yang diberi, amin~

No comments:

Post a Comment