Geng tekan-tekan :-]

Sunday, June 5, 2011

Aku dan seluar ketat, hahaha!!!

Selepas lunch, member 1 office ngan aku berkata,
"Ni yang malas ni, bila makan lebih sikit je, senak aku jadinya, makin ketat seluar aku"

Dan aku tanpa berfikir panjang menjawab kata-kata wanita tersebut, 
"Sape suruh hang pakai seluar ketat" 

dan hasilnya, aku kene sound, Hahaha!



Hahaha! Penat aku gelak walaupun aku tau dia marah kat aku, ade aku kesah kau nak marah aku? Hek3~ Bila difikirkan semula, salah ke ape yang aku cakap? Aku jujur, ikhlas, dan tanpa ragu-ragu meluahkan kata-kata, so dengan bangganya, aku yakin aku tak bersalah! Tapi mungkin aku salah sebab gelak and malukan dia kot, tapi tu kesan sampingan dari ape yang dia buat, kalau dia tak pakai seluar ketat, mesti aku tak sebutkan?

Kepada wanita-wanita sekalian, kenapa hang pa suka pakai seluar ketat? Apa yang cantik nya bila pakai seluar yang "fit", ketat-metat (perkataan ini tidak diiktiraf kamus dewan) serta memperlihatkan secara langsung dan tidak langsung kepada mereka yang bukan mahram??? Aku mintak maaf banyak3 kalau korang terasa dengan statement aku, tapi aku nak tegaskan,
"Ape kejadahnyer korang pakai seluar sempit tu!"


Secara korang tak sedar la, bagi mereka yang bergelar lelaki, kiteorang dapat dosa kering sebab tengok korang, bagi perempuan plak, dosa basah sebab diorang akan tengok dan sambung dengan mengumpat yang boleh jadi fitnah (laki pun kadang2 ngumpat gak so pandai2 la korang fikir dosa ape yang korang dapat).


Tak ke buntang mata mamat tu tengok macam nie???

Setahu aku la, memakai pakaian yang ketat adalah sama hukumnya dengan tidak memakai apa2 kerana ia masih lagi mendedahkan bentuk tubuh badan. Mungkin la korang tak pernah dengar tapi sekarang korang dah baca, kire korang dah tau la kan, dan aku tak boleh nak salahkan mereka yang tak pernah dengar tapi aku harap lepas ni korang berubahlah yea.

Aku bagi nasihat jer, yang kena berubah korang, aku pun tak perfect. Aku ade sedara-mara perempuan, adik perempuan yang aku dah berbuih nasihat tapi tak jadi gak, kecewa tu tak payah cakap la, kalau nak buat koleksi kekecewaan aku, dah boleh buat muzium untuk korang tatapi, tapi malas dah aku, kalau lepas baca ni, ade yang berubah, kita sama-sama dapat pahala, kalau x, aku tak dapat dosa pun.

Tapi aku tetap nak tau, ape yang best nyer pakai seluar ketat???

1 comment: