Aku tak pernah mengaku aku insan yang kau idamkan,
aku juga tak pernah mengaku aku sempurna,
aku tak mengharap kau sempurna,
oleh itu, setiap detik aku dihantui,
bayang-bayang mu yang pergi minggalkan aku...
Aku selalu mengharap bahawa kau akan bahagia,
Aku bertekad kau akan akn bahagia,
Aku akan terus berkorban agar kau bahagia..
Namun kadang kala hatiku terusik jua,
Dengan sikapmu yang selalu berbeda,
Dengan lagakmu yang terlalu dewasa,
Dengan tuturmu yang penuh berbisa,
Namun aku pecaya,
Engkau seorang yang setia...
Kerana terlalu menyayangi mu,
Aku biarkan hatiku di luka,
Aku pujuk diri sendiri,
Kerana hanya kau yang bertakhta,
Yang kurindu, sehingga membuat ku alpa..
Biarlah ku menangis,
Biarlah ku berduka,
Kerana aku masih lagi percaya,
Engkau akan datang bersama penawarnya...
Bohonglah jika aku mengatakan,
aku yakin dengan mu sepenuhnya,
kerana aku tahu akan sikap ku yang sering membuat kau terluka,
Dan di sebabkan itu jua,
Aku semakin bimbang,
Mungkinkah kau akan bosan dengan ku?
Mungkinkah akan muncul seseorang yang jauh lebih baik dariku?
Mungkinkah kau secara tidak sengaja, jatuh cinta pada orang ketiga?
Mungkinkah ada insan yang berjaya mencuri hatimu?
Apakah mungkin kau sudah tidak gembira,
Namun aku akan tetap setia,
Walau akhirnya aku dipersia,
Walau akhirnya aku menderita,
Kerana aku telah berusaha, mencuba sedaya upaya,
dan aku akan tetap rela,
andai kau mengangggapku, membuang masa...
Kadang-kadang kau mengeluarkan kata-kata sinis,
Aku tahu niatmu, aku faham maksudnya,
Namun aku tetap terluka,
Perlukah aku coretkan untuk mu akan perasaan ini?
Perlukah aku luahkannya setiap kali?
Atau cukup dengan sekadar aku mengerti,
Dan berundur diri, sehingga kau bersedia,
Untuk menerima ku kembali...
Aku tahu wanita ssangat pentingkan perhatian,
Tetapi begitu juga lelaki,
Mungkin kami tidak minta,
Tapi tidak bermakna kami tidak memerlukannya...
Malam ini, aku masih menangis,
Dengan hati yang kecewa,
Bagai tiada apa lagi tentang diriku buat mu,
Kau lampirkan harapan dengan sejuta kata-kata,
Dan kau potong ia menjadi cebisan,
Dan aku berjanji, akan aku buktikan,
Akan aku kumpul cebisan ini,
Akan aku cantum menjadi lampiran baru yang lebih indah...
Biarpun sukar, kerana ini janjiku,
Yang pernah kulafazkan dahulu,
Hanya kepadamu....
No comments:
Post a Comment