Kepada semua yang lahir sebagai kaum Hawa, sudi-sudilah untuk membaca, lapangkanlah masa untuk seketika, untuk kita meungkap dalam sejenak bahasa, penulisan ringkas, secubit makna, mendalami jiwa, insan yang tercipta, seorang Lelaki...
Lelaki memang dicipta, cukup pekej dengan egonya. Walau siapa pun mereka, akan tetap ada ego di dalam jiwa mereka. Sedar tak sedar, ada yang bergantung kepada ego ini untuk mencipta satu identiti, ada pula yang rosak kerana tidak mampu mengawal ego mereka, namun apa yang pasti, ego ini telah menjadi satu benteng bagi kaum hawa untuk mengenal sifat-sifat yang tersembunyi bagi mereka yang bergelar, Lelaki...
"Aku tak layan bunga ni, tak jantan lah maen bunga ni"
Selalukan kita dengar ungkapan ini? Bukan lelaki takut untuk menyentuh bunga, apatah lagi menyelami keindahan bunga, tetapi di sebabkan pandangan umum yang mengatakan bunga untuk wanita, maka kami selaku kaum yang gagah tidak maahu dikaitkan dengan sesuatu yang melambangkan kelembutan. Dengan itu, maka kami menolak idea bahawa lelaki masih lagi sinonim dengan bunga.
"Aku tak layan novel cinta ni, buang masa"
Kajian mendapati dari tahun ke tahun, berlaku peningkatan bagi pembaca novel dari golongan lelaki. Tetapi ramai lagi yang tidak mengaku kerana takut di gelar "jambu" atau "jiwang".
"Bila mase pulak aku touching nie? Memandai jer kau nie..."
Memang betul hati lelaki ni keras, degil, dan susah nak terima cakap orang lain. Tapi sebenarnya lelaki ni lembut jugak. Ade mase nyer, laki boley jadi lagi emotional berbanding wanita, jangan tak caya pulak...
tu sikit jer contoh yang sempat untuk dikongsi, baca pulak nota kat bawah nie, nukilan seorang lelaki yang dah terlalu lama bersembunyi di sebalik egonya.
Aku memang ego, dan kadang-kala terlampau ego,
Dahulu aku pernah meminati seorang gadis,
Dia sangat cantik, memang kami tidak sepadan,
Sedang aku menghabiskan hariku dengan angan-angan,
Datang desas desus bahawa si dia menyimpan perasaan terhadapku,
Dengan megahnya EGO ku menegurku,
"Kau lelaki, jangan kau terhegeh-henegeh, biar dia datang mencari kau"
Aku turuti, dan hasilnya, setelah hampir 2 tahun,
Di saat dia terpaksa berpindah, dia meninggalkanku,
Bersama seutus surat..
"Awak terlalu ego untuk meluahkan perasaan awak,
awak sia-siakan penantian saya"
Dan aku menyesal..
Aku masih lagi ego,
Kini aku sudah berpunya,
Aku menolak segala idea romantik yang kurasakan akan menjatuhkan ego ku,
ku tolak permintaan si dia berulangkali,
Dan akhirnya dia menolakku,
neninggalkan aku sendiri...
Akhirnya aku tukar ego itu kepada tolak ansur dan kesabaran,
aku kini beteman, seringkali aku dilukai,
Namun aku pendam ego aku, aku kuatkan kesabaran,
Aku belajar mengnal erti dam bentuk perasaan,
Aku belajar untuk menangis apabila merinduimu,
Aku belajar untuk meluahkan rasa sayang padamu,
aku belajar untuk menghargai,
dan akhirnya, disini aku berdiri,
Bersama kau wahai isteri,
Kerana kau aku kini mengerti,
Erti sebenar menjadi seorang lelaki,
yang tenang hatinya,
yang kukuh pendiriannya,
Yang jelas pemikirannya,
yang kini, Bahagia...
No comments:
Post a Comment