Geng tekan-tekan :-]

Tuesday, March 15, 2011

Nota dalam failku...

Pada suatu hari, Khairul, bukan nama sebenar, dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba teringat akan fail yang tertinggal di dalam perpustakaan di mana dia menelaah sebentar tadi. Menyedari akan kepentingan nota-nota yang terdapat di dalam fail tersebut, beliau nekad untuk berpatah kembali ke perpustakaan itu yang terletak tidak jauh dari rumah beliau.

Setibanya beliau di perpustakaan, beliau terlihat ada seorang gadis membuka fail beliau dan memasukkan sesuatu ke dalamnya. Tanpa berfikir panjang, beliau menjerit,

     "Hey, buat apa tu?"

Dalam keadaan terkejut, gadis tersebut menutup fail tersebut dan lari. Khairul yang merasa tidak senang dengan perbuatan gadis tersebut melihat apa yang telah dimasukkan oleh gadis tersebut. Sekeping nota,

     "Terima kasih sebab sudi membaca, saya sukakan..."


Belum pun habis dia membaca nota tersebut, Khairul bertindak membuang nota tersebut. Merasakan gadis tersebut tidak layak untuk dirinya dan terus bergegas pulang.

Di rumahnya, ibunya bertanya akan aktiviti yang telah dilakukan Khairul untuk hari ini dan Khairul dengan cerianya menceritakan segala yang telah dilaluinya termasuklah peristiwa pertemuannya dengan gadis misteri di perpustakaan dan memperlekehkan tindakan gadis tersebut.

Ibunya tidak berseloroh mahupun membalas segala pertuturan Khairul. Dia terdiam.

Khairul yang hairan dengan perlakuan ibunya cuba mendapatkan penjelasan. Berat bibir ibunya untuk melafazkan.

      "Yang kamu jumpa itu, adalah kakak mu, dia pulang pulang untuk pertama kali nya setelah 21 tahun terpisah. Dahulu keluarga kita sangat susah, dan oleh kerana itu, ibu dan ayah terpaksa memberikan kakak mu kepada keluarga angkat. Kami tidak pernah memberitahu kamu kerana kami malu dengan perbuatan kami  melepaskan dia. Namanya ialah Sa`diah. Hari ini dia telah datang bersama keluarga angkatnya untuk bertanya khabar. Dia tidak pernah menyalahkan kami, namun kami tetap berhutang kasih sayang dengan dia."

Khairul yang terkejut dengan berita itu lantas bergegas ke perpustakaan, mencari semula nota yang di tinggalkan. Setelah puas bertanya kepada semua staff di perpustakaan tersebut, akhirnya dia berjaya menjumpai nota tersebut.

     "Terima kasih kerana sudi membaca. Saya sukakan gaya kamu sewaktu belajar. Mungkin awak tak kenal saya, tapi saya sangat rindukan awak. Saya tidak pernah menyangka bahawa saya mempunyai adik. Kacak adik akak. Akak mintak maaf sebab tak pernah berkesempatan untuk menjaga adik selama ini. Cukuplah buat masa ini, bila ada kelapangan, akak akan datang untuk bertegur sapa dengan adik. Nama adik Khairul kan? Akak Sa`diah. Akak pergi dulu. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.



   Dari kakakmu,

     Sa`diah.



Tiba-tiba telipon Khairul berbunyi, panggilan dari ibunya...

   "Khairul, cepat balik, akak kemalangan!"

Tersentak Khairul dengan berita itu. Apabila pulang, mereka bergegas ke hospital. Tidak lama kemudian, En. Ismail, ayah kepada Khairul tiba dan bertanyakan keadaan Sa`diah. Sa`diah di dalam wad kecemasan.
Keluarga angkat Sa`diah berada diluar wad, mereka turut tercedera namun dirawat sebagai pesakit luar.

Sa`diah cedera parah, berikutan beliau yang memandu ketika kemalangan. Mereka telah bertembung dengan sebuah lori mengangkut batang besi. Sebatang besi yang berukuran lebih dari 2 meter tertusuk ke dada Sa`diah. Doktor sedang cuba mengeluarkan besi tersebut.

Hampir 30 minit berlalu. Lampu kecemasan telah pun dipadamkan. Doktor keluar dengan di iringi jururawat. Tanpa melafazkan apa-apa. Renungan kekecewaan dari wajah doktor tersebut sudah cukup untuk semua menitiskan air mata. Sa`diah telah pergi untuk selamanya. Hajat terakhir yang dilafazkan ialah, ingin melihat wajah adiknya, dan hajat tersebut telah tercapai, walaupun tidak seperti yang dirancang.

Kini, setelah 13 tahun, Kairul berumur 32 tahun, sudah berkeluarga. Mempunyai 2 cahaya mata, si abang, 3 tahun, si adik, perempuan, 3 bulan. Khairul melihat surat yang pertama dan terakhir dari kakaknya. Dan berpesan kepada si abang,

    "Nasri, jaga adik baik-baik. Nasri dah jadi abang. Sayang adik yea."

Nasri bagaikan mengerti, menatap wajah ayahnya, tersenyum.

6 comments:

  1. sedihnya. langsung tak sempat berbual.

    ReplyDelete
  2. hmm...tapi akak dia dah tertunai hajatnye, ok la jugak an...thx ezaty for the respond~

    ReplyDelete
  3. uhhuhuuh,sedihnye
    nak ngis lak

    sayangilah keluarga

    ReplyDelete
  4. sedih tapi kalo kembangkan lg cte mesti lagi sayu

    ReplyDelete
  5. bukan xmau kembangkan, tapi masa nie office hour, xde banyak mase nak menaip~

    ReplyDelete